WELCOME TO MY BLOG :)

snowman

Thursday, 13 November 2014

TERAJIN SUDAH

jumpa lagi korangg
kali ni aku nak cite pasal ptsl.

hari ini aku sangat rajin. (rajin ke???)
actually,tak ada la rajin mana. mungkin lebih kepada paksaan kot !! hahah
disebab kan lecture aku ni sayang dkt student dia..dia pun bagi kitorg balik awal...kitorang ni apa lagi..happy giler la (ni bertambah sayang ni)
lepas dah balik awal mula la dilema.
nak balik bilik ke tak??
hmm...kalu balik bilik confirm membuta je...

so aku decide utk stay at ptsl..dengan azam yang menggunung aku stay utk study statistik..
tu pun sebab exam statistik esok ok..bukan next week ke bulan depan ke tapi ESOK !!!

#hmmmm..terpaksa la aku jadi pakar statistik esok..hahaha

anyway, wish me luck guys :')

bye

Tuesday, 11 November 2014

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

hai korang :)
entry kali ni nk cite pasal muffin ...nyam nyam nyam ..sedapnye *lapo gile ni
bagi korang yang dah jemu dengan muffin kedai ke..nak jimat ke..malas nak keluar pegi beli ke..
korang boleh la cuba resepi ni..yang penting kene RAJIN !! tu je formula rahsia

 so..mulakan dengan bismillah+senyum sokmo dulu..baru muffin sedap..
benda utama yang kena ada..semestinya bahan-bahan nak buat muffin. tak kan la bahan buat pizza kot ! ishh
JOM mulaaaa !!!

        BAHAN-BAHAN :  
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telur - pukul sikit
  • 1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Choc chips secukupnya
          CARA-CARA : 
 
 1.Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam.Ayak dan ketepikan.Gaulkan dengan gula.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.Kacau rata.

3.Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.

4.Masukkan choc chips.

5.Sudukan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.



lepastu apa lagii..dah siap la ..boleh makan --> memang enak dimakan begitu sajaaa

p/s : kepada yang MALAS tahap dewa tu..dinasihatkan beli je la..sebab kalau buat nanti takut jadi cekodok pulak nanti.*smoga diberi hidayah untuk berubah :)

sekian.


 

MINIT AKHIR a.k.a LAST MINUTE


 

haaaaa
sape slalu buat bende ni?? hahah..
aku rase sume mesti da pengalaman dlm hal-hal ni :) baik dlm plajaran or dlm kerja.
tak payah tanya org lain la..aku sendiri pun mengamalkan benda ni sejak turun temurun lagi ^_^  terutamanya dlm 'assignment'. aku memang tak boleh nak ubah kot sampai bila bila. tak pe la..biar masa yang menentukan segala-galanya. Aku redha dan pasrah je sekarang ni
last minute ni banyak tahap sebernarnya..moh kita tengok kita dok at tahap mana..? ada tak sampai tahap dewa??? jeng jeng jeng

TAHAP 1 
ni utk yg suka buat keje and tugasan di awal waktu.so, bile di hujung-hujung waktu..golongan inilah yang paling tenang dan happy.. (#mohon jealous). sebab buat apa nak risau? sume dah siap..then tunngu masa je nk anta dgn bangganya *ketawa jahat--> HAHAHA
sebenarnya xda istilah last minute utk golongan ni !! 

tengok kucing ni..dah boleh relax dekat spa lagi


 TAHAP 2
hmmm..tahap ni xda kronik mana..masih boleh diubati lagi :). ni sesuai utk korang yang dua alam sikit ! maksod aku yang kejap rajin kejap malas. golongan ni xda la gelabah dan kelam kabut sangat..sebab mereka akan buat ikut 'mood' masing-masing.

TAHAP 3
tahap ni 'Stress' mula melanda diri. almaklum la buat keje 'last minute' ni..kene reject dgn 'lecture' la..tak lengkap la..tak cukup maklumat la dan macam-macam la :) Lepastu mula la nak 'stay up' demi menyiapkan tugasan tercinta. (*aku ditahap ni) 
ada tak rase macam ni?

TAHAP 4
tahap ni aku rase dah kronik gile kentang dah..akan ada golongan yang macam ni..pada luaran mereka kelihatan sangat tenang,selamba seolah-olah tak ada apa yang berlaku.ni bukan sebab dah siap..ni sebab tak sentuh satu habuk pun keje tu. ini dinamakan tahap pasrah+redha je

Sebab aku dah penat menulis  menaip..aku rasa dah tiba masanya untuk tuan hamba mengundur diri..
jumpa lagi di entry akan datang.. BYE :)

jom comment di bawah :)





Thursday, 6 November 2014

today

urghhhh !!!!
ari ni sgt memenatkan...ase malas gler..
tapi yg best bler klas abis awal
yeay!!!!! heaven